Saturday, January 31, 2009

Plagiarism

Plagiarism is the use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work.

Within academia, plagiarism by students, professors, or researchers is considered academic dishonesty or academic fraud and offenders are subject to academic censure. In journalism, plagiarism is considered a breach of journalistic ethics, and reporters caught plagiarizing typically face disciplinary measures ranging from suspension to termination. Some individuals caught plagiarizing in academic or journalistic contexts claim that they plagiarized unintentionally, by failing to include quotations or give the appropriate citation. While plagiarism in scholarship and journalism has a centuries-old history, the development of the Internet, where articles appear as electronic text, has made the physical act of copying the work of others much easier, simply by copying and pasting text from one web page to another.

Plagiarism is not copyright infringement. While both terms may apply to a particular act, they are different transgressions. Copyright infringement is a violation of the rights of a copyright holder, when material protected by copyright is used without consent. On the other hand, plagiarism is concerned with the unearned increment to the plagiarizing author's reputation that is achieved through false claims of authorship.

Friday, January 30, 2009

Hormati Ibubapa


Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Rasulullah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kita memohon dengan Allah,Tuhan yang mengurniakan kita ibu dan bapa dari sifat derhaka @ sombong dgn ibu bapa samada secara sedar @ tidak.

Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.

Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.Keredhaan Allah adalah dari keredhaan kedua ibu dan bapa.

Komen penulis; " Posting ini saya tujukan khas kepada mereka(anak-anak) yang masih lagi mempunyai ibubapa kerana apabila mereka telah tiada...tiadalah kita dapat BERBAKTI lagi kepada mereka."

Thursday, January 29, 2009

Falsafah

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
  • Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:

"Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah."

Cuti Mid Semester


Saya balik bercuti mulai 26 Jan-7 Feb.Lebih kurang 2 mggu.Cuti saya akan diisi dengan;
1) Menghabiskan Kitab Falsafah 'Ammah
2) Menyelesaikan urusan rumahtangga. ;)

3) Cuba mengenali masyarakat sekitar seboleh mungkin.

Saturday, December 27, 2008

Blog..oh..blog

Malam ni saya terfikir2 nak post ape kat blog yang sekodar nih...dahla mende2 yg kat tepi tuh kosong...(tak reti nak buat hehe).Nak tulis dairy panjang2...mcm x payah jer.Saper nak baca?
Lepas solat Isya' tadi pegi cari tiket ke Alor Star..sah, mmg konfem habis.Dekat2 nak bukak sekolah ni tiket bas mmg laku mcm org jual 'putu halba' musim hujan.Kena la bawak kete jugak pegi sana.
Akhirnya...Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009.Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.Semoga tahun yang mendatang membawa sinar kebahagiaan utk kita.Amin.

Blog..oh..blog

Malam ni saya terfikir2 nak post ape kat blog yang sekodar nih...dahla mende2 yg kat tepi tuh kosong...(tak reti nak buat

Friday, December 19, 2008

Sesi Pengajian Baharu

Esok, Sabtu 20 Disember 2008.Saya akan menghadiri seisi kuliah MEDIU untuk semester yang kedua selepas melalui satu semester yang cukup mencabar.Baru Khamis lepas, 18/12 saya telah duduki peperiksaan khas bagi subjek yg x sempat diambil semasa sesi peperiksaan sebenar baru2 ini.
Subjek yang saya ambil ialah Ghazwul Fikriy @ Serangan Pemikiran.Hasil natijahnya:Saya rasa x sebaik masa peperiksaan sebenar.
Kuliah besok akan bermula jam 9.30 pagi hingga pukul 4.00 ptg.Maknanya,saya kena bertolak lewat ke Alor Star untuk melapor diri di Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan dan segala urusan yang saya hadapi.DIAlah sebaik2 tempat pengaduan dalam mengharungi liku2 yang tak berpenghujung...